ALAT BANTU TERJEMAHAN
DEFINISI KAMUS
- Merupakan sejenis buku rujukan yang menerangkan maksud
perkataan, yang berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru,
mempunyai panduan sebutan, asal sesuatu perkataan. contohnya penggunaan bagi
sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan
pemahaman pengguna.
JENIS-JENIS KAMUS
Kamus Ekabahasa : iaitu menggunakan satu bahasa ( kata-kata
entri dan penjelasannya yang terdiri daripada bahasa yang sama). Selain itu,
penyusunannya dibuat berasakan pembuktian data korpos yakni takrifan makna yang
dibuat berdasarkan makna yang diberi dalam contoh ayat. Contohnya Kamus Dewan
dan Kamus al Wasit.

Kamus Dwibahasa : iaitu kamus yang menggunakan dua bahasa yakni
kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa
lain seperti Kamus Besar Arab- Melayu Dewan dan Kamus Al -Marbawi.

Kamus Aneka Bahasa/ Multi Bahasa : ia menggunakan
sekurang-kurangnya tiga bahasa. Misalnya : Kamus Melayu- Cina- Inggeris yang
menggunakan susunan Yuen Boon Chan (2004).

Kamus Mini : pada zaman sekarang agak susah ditemui dan
dikenali dengan nama kamus saku dan tebalnya kurang daripada 2cm.

Kamus Kecil : bersaiz kecil dan biasa ditemui serta mudah
dibawa. Contohnya : Kamus Dwibahasa Oxford Fajar ( Inggeris- Melayu, Melayu-
Inggeris).

Kamus Besar : saiznya besar dan tidak sesuai dibawa
kemana-mana. Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu-satu
bahasa, contohnya Kamus Besar Arab-Melayu Dewan.

KENAPA KAMUS DIPERLUKAN ??
- Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui.
- Ada kalanya penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu merujuk kamus.
- Berhadapan dengan perkataan yang berkait dengan bahasa linguistik.
- Berhadapan dengan perkataan yang berkait dengan budaya dan adat resam.
Comments
Post a Comment