Image result for arab animation


SYARAT  PENTERJEMAH.

Jika anda ingin menjadi seorang penterjemah yang berjaya , anda perlu memenuhi syarat - syarat yang akan diutarakan nanti .Semoga bermanfaat.

 Mengetahui bahasa sumber iaitu bahasa yang digunakan di dalam teks itu sendiri. Ia juga dikenali sebagai bahasa asal sebelum ia diterjemahkan. Jika kita tidak dapat mendalami bahasa sumber dengan baik, mustahil kita dapat memahami teks dengan baik seterusnya menyampaikan teks tersebut kepada sasaran.

 Mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa yang ingin diterjemakan. Contohnya, sekiranya kita hendak terjemahkan teks bahasa arab kepada teks melayu, bahasa melayu itulah yang menjadi bahasa sasaran.

 Mengetahui perkara yang akan diterjemahkan itu. Sebagai penterjemah yang baik, perkara ini amat penting bagi menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Selain itu ia juga penting dalam penterjemahan teks-teks khusus dan teks-teks sastera.


 Mengetahui teori terjemahan dalam proses menterjemah .Ia perlulah mengikut teorinya yang tersendiri.Hal ini kerana, ia bukan sahaja proses memindahkan perkataan, tapi ia merujuk kepada proses memindahkan ideologi, maklumat dan gayanya yang tersendiri yang ada kalanya perlu dikekalkan atau diubah.

Sekian daripada kami . Semoga bermanfaat 



Image result for kata - kata hikmat arab



Comments

Popular posts from this blog

Pepatah / Peribahasa Arab

Kaedah menterjemah

Kepentingan Penterjemahan Di Malaysia