Menterjemah Kata Nama Khas



MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

Kata Nama Khas merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, bangsa, negara dan seumpamanya.  Dalam tulisan bahasa melayu, kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Menurut Nik Safiah Karim 2004, kata nama khas dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kata nama khas hidup dan tidak hidup.  Kategori kata nama khas dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.

Menterjemah kata nama khas tidak harus dipandang mudah kerana ia mempunyai makna yang tersendiri.  Kata nama khas mengandungi sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat. Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu ia perlu difahami berdasarkan budayanya.

Contoh : Pak Pandir (BM)
               Hatim al-Ta'i (BA)

Newmark (1988) Perbezaan antara kata nama khas dengan istilah budaya adalah walaupun kata nama khas dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, kata nama khas hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti.  Secara teorinya nama orang atau objek berada diluar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.  Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, sebaliknya hanya dipindahkan kepada bahasa sasaran.  Terdapat dua perkara penting yang perlu diambil kira ketika menterjemahkan nama orang iaitu menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi dan memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.

Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, penterjemah perlu memilih padanan yang sesuai dalam Bahasa Melayu.
›Contohnya:
الإسكندر الأكبر     (BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM); 
داود  (BA) - David (BI) dan Daud (BM) 


Kesimpulannya, terdapat tiga strategi khas dalam penterjemahan kata nama khas iaitu, mengekalkan kata nama asal, menggantikan kata nama asal dengan kata lain iaitu diterjemahkan menggunakan teknik pinjaman terjemahan, pinjaman campuran dan lain-lain.  Yang terakhir ialah menggugurkan terus kata nama itu.

Comments

Popular posts from this blog

Pepatah / Peribahasa Arab

Kaedah menterjemah

Kepentingan Penterjemahan Di Malaysia